Sabun Badang Bathroom Cleaner
Sabun Badang Bathroom Cleaner
Buih banyak, bersih pun puas hati!
Sabun Badang Bathroom Cleaner diformulasikan khas untuk cucian tandas harian. Menghasilkan buih yang banyak dengan wangian harum, ia membantu membersihkan kotoran biasa pada jubin, cermin dan kelengkapan tandas dengan lebih mudah dan menyeronokkan.
Sesuai untuk anda yang gemar menyental dan mahukan tandas sentiasa bersih, segar serta wangi setiap hari.
Kelebihan Produk
✓ Membantu membersihkan kotoran, bakteria dan kuman
✓ Menghasilkan buih yang banyak dan memuaskan
✓ Wangian harum dan tahan lama
✓ Menjimatkan masa dan tenaga ketika mencuci
✓ Sesuai digunakan pada jubin, cermin dan kelengkapan tandas
✓ Ideal untuk cucian biasa dan penjagaan tandas harian
Cara Penggunaan
Sapukan atau tuangkan produk pada permukaan yang ingin dibersihkan. Gosok menggunakan span atau berus, kemudian bilas dengan air sehingga bersih.
Peringatan
Produk ini dirumuskan untuk cucian biasa dan harian sahaja. Tidak sesuai untuk membersihkan kotoran degil seperti kesan karat atau lumut tebal.