FerryRich Sdn Bhd

Tentang kami

Ferryrich Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat berhad milikan tunggal yang ditubuhkan oleh Noor Fariha binti Dorasol dan Mohd Fahmi bin Jailani. Ferryrich Sdn. Bhd. menjalankan perniagaan dalam talian seperti Facebook, Instagram dan TikTok serta E-Dagang seperti Lazada dan Shopee. Ferryrich Sdn. Bhd. beralamat di, No. 34, 36 & 41 Jalan Tasik Utama 63 Kawasan Perindustrian, 75450, Melaka.

SEJARAH

Bermula dengan lot kedai yang berpusat di Bukit Baru, Melaka tetapi telah dinaik taraf kepada 3 lot gudang di Ayer Keroh, Melaka. Syarikat ini mula didaftarkan pada tahun 2017 dan telah memulakan operasinya di platform ‘online’ iaitu Facebook. Syarikat ini adalah kesinambungan daripada perniagaan terdahulu iaitu Mohd Fahmi Jailani Enterprise yang telah beroperasi di Bukit Baru sejak tahun 2015.

SYARIKAT KAMI

Kepakaran

Merupakan perniagaan yang membekalkan produk berasaskan ‘Home Appliance’ yang merupakan barangan keperluan dalam sesebuah rumah. Antara produk yang dibekalkan ialah Body Soap, Makeover Body Soap, Breathing Pillows, cadar dan sebagainya.